Travel Guide

Tips Percutian Ke Ho Chi Minh (HCM) Vietnam- Travel story from NAM Travel customer- part 2

‘’Matawang untuk berbelanja di HCM boleh menggunakan Vietnam Dong (VD), Ringgit Malaysia dan Dollar Amerika. So boleh la bawa duit RM dan dollar Amerika untuk berbelanja di sana. Kalau nak tukar RM atau Dollar ke VD pun boleh untuk digunakan di HCM. Banyak mana nak bawa duit tu terpulanglah berapa banyak kita nak shopping kat sana..huhuhu

 

Pertukaran Duit RM ke Vietnam Dong (VD): Semasa saya tukar RM160.00 saya dapat 1,000,000 (1 juta VD) di Money Changer kat Bangi. So kalau nak tukar duit dari RM ke VD, tanya money changer tu berapa RM untuk 1 juta Dong Vietnam. Sifir mudah saya untuk convert duit nanti ialah 1,000,000.00VD bahagi RM160.00 = 6,250. Angka 6,250 akan saya guna nanti untuk convert dari RM ke VD dan sebaliknya.

 

Masa pergi hari tu saya tukar dalam RM3,000.00 dan dapat lebih kurang 18,750,000VD (RM3,000.00 X 6,250 = 18,750,000VD)...huhu tu pun rasa tak cukup bila dah rambang mata shopping kat sana lebih-lebih lagi bila orang rumah kita yang berbelanja...huhuhu

 

Menurut pemandu pelancong saya, duit VD diperlukan semasa kita naik teksi, makan dan minum, naik bas dan bayaran tiket masuk ke tempat-tempat menarik di HCM dan lain-lain. So pastikan dalam poket anda ada duit dong kay...banyak mana nak tukar VD tu bergantung kepada aktiviti kita semasa di HCM

 

Duit tu saya tukar untuk shopping sahaja kerana yang lain telah cover dalam pakej seperti pengangkutan, hotel, makan dan lain-lain...So kalau pergi sendiri kena la buat anggaran bajet dengan betul kay berapa banyak duit yang nak bawa nanti...

 

Cadangan item untuk anggaran bajet seperti berikut :- 

(Kalau pertama kali pergi sendiri dan tanpa melalui travel agensi) :-

i) Tambang kapal terbang pergi dan balik

ii) Sewa hotel

iii) Makan dan minum sepanjang di HCM

iv) Bayaran sewa kenderaan atau bayaran teksi    

v) Bajet untuk shopping

vi) Ground pakej untuk lawatan ke tempat menarik di HCM

vii) Lain-lain perbelanjaan yang difikirkan sesuai

Bajet tertakluk berapa lama kita bercuti di Ho Chi Minh.

Nota : Jika anda nak melawat tempat-tempat menarik di HCM seperti Chu Chi Tunnel atau Sungai Mekong atau lain-lain, boleh bertanya kepada petugas hotel tempat anda menginap. Kebanyakan hotel di HCM ada menawarkan pakej lawatan ke tempat-tempat tersebut dengan harga yang telah ditetapkan.

 

Cara nak convert RM ke VD = RM1.00 = 6,250VD (masa saya tukar duit hari itu)

(tertakluk pasaran matawang dari masa ke semasa-kena check kadar tu sentiasa 

- boleh check kat internet atau kat money changer)

Katakan harga hotel tu dalam RM100.00 so harga hotel tu dalam VD ialah

RM100.00 X 6,250  = 620,000VD

Kalau dah tukar duit ke Vietnam Dong (VD),  kita kena tahu sifir dia gak. Contohnya katakan harga kain sutera Vietnam harganya 200,000VD so harga dia dalam RM ialah 200,000VD bahagi 6,250 = RM32.00 (Tertakluk kepada pertukaran matawang semasa, boleh check kadar tu dalam internet atau kat money changer VD convert to RM). Kalau tak ada VD, tanya aje barang tu dalam ringgit atau tanya juga barang tu dalam Dollar Amerika kerana mereka terima RM dan Dollar Amerika. Kalau dah tukar banyak duit dalam Vietnam Dong kena la bawa kalkulator untuk kira balik dalam RM atau Dollar untuk perbandingan harga.

 

Kalau nak naik teksi dari airport ke hotel penginapan anda, saya cadangkan anda naik teksi Vinasun, kerana teksi ini akan menggunakan meter. Saya pernah naik teksi ini dari airport untuk ke hotel saya menginap iaitu di hotel Hoang Hai Long 2, hotel dekat pasar Ben Thanh. Keluar aje airport, cari disebelah kiri airport tersebut ada kaunter teksi Vinasun seperti gambar di bawah.

 

Nanti bagitau petugas kaunter vinasun yang anda nak naik teksi tersebut untuk ke hotel penginapan. Nanti dia akan suruh anda untuk tunggu teksi di seberang jalan berhadapan dengan kaunter tersebut, dan tidak sampai 2 minit teksi Vinasun telah sampai untuk hantar kita ke hotel penginapan.

So kalau nak ke hotel di sekitar Ben Thanh Market dari airport, tambang teksi Vinasun dalam lingkungan 120,000VD (RM20.00) sehingga 200,000VD (RM32.00) bergantung kepada kesesakan jalanraya. Jika jalanraya tidak sibuk, murah la sikit tambang dia. Nanti harga tambang tersebut akan terpampang dekat meter dalam teksi tersebut. So kita boleh tahu harga tambang yang sebenarnya. Yang bestnya teksi dia besar dan selesa serta beraircond.

 

Kawan saya hari tu pergi berdua..so keluar aje lapangan terbang HCM, beliau lihat ada 2 orang rakyat malaysia nak naik teksi..so kawan saya tadi pergi jumpa yang 2 orang tu...selepas berbincang mereka berpakat untuk naik teksi vinasun secara berempat..coz harga tambang yang mereka kena hari itu adalah sebanayak 200,000 VD (RM32.00). Jadi kalau bahagi 4 orang harga tambang tu dalam 50,000VD (RM8.00) seorang sahaja...jimat tu

Semasa naik teksi Vinasun pastikan anda ingat nombor teksi tu..bukan nombor plet dia tapi nombor teksi dalam bulatan merah yang berada di bahagian hujung belakang teksi tersebut. contoh gambar di atas, nombor teksi dia ialah 1071 (ingat nombor dalam bulatan merah tu),  Jika berlaku apa-apa nombor teksi tu nanti akan dijadikan rujukan

 

Ada juga rakan-rakan yang dah biasa pergi HCM naik bas dari Airport ke Ben Thanh market. Keluar jer airport naik bas nombor 152 dan akan berhenti betul-betul depan Ben Thanh Market. Tambang dia dalam 30,000 VD atau RM5.00 sahaja.  Bas nombor 152 akan berhenti dekat dengan patung kuda depan Ben Thanh Market’’