Travel Guide

Tips Percutian Ke Ho Chi Minh (HCM) Vietnam- Travel story from NAM Travel customer- part 3

‘’Hotel yang ramai orang Malaysia menginap adalah disekitar Ben Thanh Market. Disamping banyak hotel, disini juga ada kedai makanan yang halal. (Lihat gambar di bawah untuk nama hotel dan tempat makanan halal dan boleh juga rujuk google search senarai hotel berhampiran Ben Thanh Market dan harga hotel tersebut). Yang penting kalau nak pergi shopping boleh jalan kaki aje...

Jalan ini dikenali sebagai Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street, kerana ramai rakyat Malaysia yang datang akan menginap kat sini kerana banyak hotel, ada restoran makanan halal dan yang penting dekat dengan tempat shopping seperti pasar Ben Thanh

Kalau pertama kali datang sendiri dan tidak melalui agensi pelancongan, anda hendaklah tahu mana nak pergi. Kalau boleh print siap-siap nama hotel dan tunjukkan kepada pemandu teksi semasa sampai di lapangan terbang Ho Chi Minh. Sebagai contoh jika anda menginap di Hotel Saigon Pink 2, anda print siap-siap nama hotel tu, alamat dia dan kalau boleh print gambar hotel tu sekali dan bagitau serta tunjuk gambar tersebut kepada  pemandu teksi semasa anda nak naik teksi dari Airport. Contoh gambar di bawah (gambar dan alamat hotel nanti boleh cari kat internet dan print siap-siap). Kebanyakan pemandu teksi di Vietnam tidak fasih berbahasa inggeris. 

Kalau pertama kali datang sendiri ke HCM, kena tempah hotel awal-awal lagi kerana selalunya hotel di sekitar Ben Thanh Market penuh terutamanya pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Tempahan boleh dibuat melalui agoda.com atau lain-lain web yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Boleh check harga dan kekosongan bilik tersebut. Kalau pergi dengan agensi pelancongan mereka dah tempah dan sediakan hotel untuk kita.

 

Harga hotel adalah sekitar RM100.00 (625,000 VD) hingga RM300.00 (1,875,000 VD) semalam dan bergantung kepada jenis hotel tersebut dan ada juga hotel yang murah. Tempahan online agak murah sikit iaitu melalui namtravel atau lain-lain web yang menyediakan perkhidmatan ini. Pergi kat Google search dan taip - hotel-hotel berdekatan pasar Ben Thanh. Check sekali kekosongan dan harga hotel yang nak ditempah tu kay...baca la juga komen dari pelanggan lain yang pernah menetap di hotel tersebut sebagai panduan.

 

Bab nie yang paling best iaitu shopping. Macam-macam ada untuk dibeli, so yang paling penting untuk dapat murah kena la pandai tawar menawar. Boleh tanya harga tersebut dalam ringgit so peniaga itu akan bagitau berapa harga barang tu dalam ringgit..so boleh compare harga tu kat Malaysia...murah wei....dan yang penting mereka terima RM. Tempat beli belah yang popular ialah Ben Thanh Market, pasar malam di kawasan tersebut, di Chinatown dan lain-lain tempat, macam-macam ada...

 

Menurut pemandu pelancong saya, peniaga di HCM lebih suka menerima duit RM atau USD kerana apabila mereka tukar duit tersebut ke VD mereka akan mendapat lebih nilai dalam VD.

 

Kita boleh jahit terus baju kurung atau baju melayu atau baju blazer dan perkhidmatan ini banyak terdapat di Ben Thanh Market. Kita boleh membawa kain atau membeli kain dari kedai tersebut, dan suruh mereka jahit dan mereka akan siapkan dalam masa 1 hari hingga 3 hari sahaja dengan harga yang berpatutan. 

 

So kalau dah beli banyak barang kena la beli luggage lebih sikit dari syarikat penerbangan sebab kalau lebih luggage akan kena bayar. Kawan saya terlebih 20kg luggage dengan salah sebuah syarikat penerbangan dan dikenakan caj sebanyak 18USD untuk 1kg, so dia kena bayar = 20 kg X RM58.00 = RM1,160.00..banyak nak kena bayar tu. 

 

So saya cadangkan kalau nak ambik luggage ambil la dalam 20 kg atau 25 kg atau 30 kg atau 40 kg seorang siap-siap semasa nak balik coz mesti banyak shopping punya (berat luggage tu bergantung banyak mana nak shopping), masa nak pergi tak payah la ambik luggage lebih, ...biar lebih luggage masa nak balik asalkan selamat dari nak kena bayar lebihan luggage tu...

 

Jangan risau, kebanyakan hotel di HCM akan menyediakan timbang supaya anda boleh timbang luggage anda sebelum bertolak balik ke Malaysia...huhu orang vietnam pun tau yang orang Malaysia nie kuat tul membeli-belah...

 

Nota: Ada juga rakan saya yang pernah ditahan oleh Kastam Vietnam semasa nak balik ke Malaysia kerana membeli terlalu banyak kain sutera Vietnam, baju kurung, tudung, dan lain-lain sehingga 100 ke 200 pasang untuk berniaga. So dia kena panggil dengan kastam tersebut dan dikenakan cukai hampir RM1,000.00. Kastam Vietnam akan menahan penumpang secara random yang disyaki membeli barang yang banyak untuk berniaga’’

 

Adalah lagi….