Travel Guide

Tips Percutian Ke Ho Chi Minh (HCM) Vietnam- Travel story from NAM Travel customer- part 4

‘’Waktu di Vietnam lewat 1 jam dari waktu Malaysia. So kalau waktu jam kita 5.00 petang maka waktu Vietnam ialah jam 4.00 petang.

 

Berikut adalah di antara restoran makanan halal yang berdekatan dengan Ben Thanh Market dan sebenarnya banyak lagi restoran makanan halal yang lain tapi saya tak sempat nak explore. Kalau anda duduk dekat area Ben Thanh Market tak jadi masalah untuk dapatkan makanan halal. Harga makanan tersebut agak mahal sedikit sahaja berbanding Malaysia, tapi tak la mahal sangat dalam 130,000 VD atau lebih kurang RM20.00 untuk 2 orang...kira ok la tu. janji makanan tu halal....

Gerai ni pula jual Pho - Meehoon Sup Vietnam, depan restoran Hajjah Basiroh, saya makan hari tu 2 meehoon sup, teh tarik satu, kopi vietnam satu, harga dia dalam 150,000 VD (150,000 VD X 0.00015 = RM22.50) untuk 2 orang, kira OK la tu...janji makanan tu halal dan dijual oleh orang islam champa. Yang pasti pho tu memang sedap wei

Kalau pergi Vietnam jangan lupa cuba Kopi Vietnam kay...rasanya sedap macam 

kopi ais, ramaikan rakyat Malaysia tengah beratur nak beli kopi Vietnam

yang jual tu nama dia Salleh, berkopiah putih - Melayu Islam Champa, 

dia selalu menjual dihadapan restoran Hajjah Basiroh

Bandar Ho Chi Minh adalah ibu negara Vietnam dan mereka lebih suka memanggil bandar tersebut sebagai Saigon. Mempunyai penduduk hampir 9 juta dan bandar Saigon ini sebenarnya lebih luas dari Kuala Lumpur.

 

Urusan pemeriksaan Imigresen amat mudah di Vietnam dan kita tidak perlu mengisi sebarang borang. Sampai saja di airport Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam, terus saja beratur di kaunter pemeriksaan Imigresen untuk pengesahan pasport.

 

Perasaan kagum melihat kegigihan rakyat Vietnam mencari rezeki baik orang muda atau pun orang tua. Asalkan mereka boleh mencari rezeki mereka akan bekerja keras untuk menyara kehidupan walaupun dengan pendapatan yang tidak seberapa.

 

Orang Vietnam suka makan makanan yang berasaskan sup dan suka makan sayur dan ulam-ulaman mentah. Sebab itu agak susah untuk kita lihat orang Vietnam gemuk dan kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang ideal dan langsing, huhu cantik-cantik juga wanita di sana huhuhu. Mereka juga suka membuat senaman di taman-taman permainan untuk penjagaan kesihatan. Ada juga orang tanya saya tentang kehidupan malam di HCM, huhuhu yang tu kena la explorer sendiri yer...

 

Kenderaan utama ialah motorsikal dan keadaan jalanraya di sana amat sesak dengan motorsikal yang bersimpang siur di jalan tersebut dan yang hebatnya mereka boleh membelok dalam sekelp mata.. So kalau nak melintas jalan, kena la hati-hati, pandang kiri dan kanan...mana la tau tiba-tiba muncul motorsikal dari arah yang kita tidak jangka.... 

 

Kereta Vietnam mempunyai setereng di sebelah kiri. Walaupun keadaan jalanrayanya agak sibuk dengan kereta dan motorsikal serta mempunyai pelbagai simpang dan boleh membelok dalam sekelip mata, tidak nampak pula kemalangan jalanraya sepanjang percutian di Vietnam

 

Hon kenderaan akan dibunyikan sepanjang kenderaan tersebut berada di jalan raya. Mengikut pemandu pelancong bunyi hon itu bukan untuk marah tetapi untuk memberitahu kenderaan lain bagi tujuan keselamatan. Kalau kat Malaysia bunyi hon sikit aje mesti kena jeling punya...

 

Jangan risau, kalau pergi bercuti ke Ho Chi Minh pasti akan bertembung dengan ramai rakyat Malaysia, rasa macam shopping kat Malaysia lak. Kebanyakan mereka akan menginap di sekitar Hotel di Malaysian Street yang berdekatan dengan Pasar Ben Thanh...so pastikan anda menginap di area sana jugak kay....dan kalau boleh bertegur sapa la antara satu sama lain kay bila berjumpa dengan yang lain sebagai satu keluarga Malaysia...mana la tau kalau kita ada masalah di sana, orang Malaysia lain yang boleh bantu kita...

 

Berhati-hati dengan pencuci kasut yang banyak berlegar di bandar Ho Chi Minh terutamanya dekat area Pasar Ben Thanh. Anda dinasihatkan agar tidak menggunakan perkhidmatan pencuci kasut ini. Pada mulanya dia menawarkan upah hanya USD1 tetapi nanti dia akan bubuh gam sikit, getah sikit, selepas itu dia akan minta dibayar 250,000 VD atau lebih  RM30, bukan RM3, so begitu juga dengan penarik beca...mereka akan katakan benda yang sama apabila kita gunakan perkhidmatan beca tu...so hati-hati la yer

Terdapat ramai juga pengemis dari kanak-kanak kecil sehingga orang-orang tua datang meminta sedekah dengan kita berdekatan dengan area Pasar Ben Thanh. Kesian juga melihat mereka meminta sedekah bagi meneruskan kehidupan di bandar Saigon ini.

 

Berada di negara orang, kita kena la jaga keselamatan kay...mana-mana negara pun ada bahaya tersendiri. Anak lelaki Hajjah Basiroh pernah menceritakan ada juga dikalangan rakyat Vietnam yang menipu rakyat kita semasa di HCM..so hope u all berhati-hati la kay...hope tak ada kejadian yang tidak diingini semasa berada di sana..

 

Itu saja perkongsian dari saya, semoga perkongsian ini akan memberi serba sedikit maklumat kepada semua yang bercadang untuk bercuti ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Selamat bercuti....sekian, terima kasih.’’

"SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN"

Nota : Kepada sesiapa yang berminat untuk bercuti ke Ho Chi Minh City, Vietnam, boleh berhubung dengan NAM Travel untuk pakej HALAL DAN MUSLIM bersama dengan manager nama ‘’Karen Nam’’, anda pasti berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Email dia ialah info@namtravel.com.vn  untuk pakej percutian ke Ho Chi Minh City, Vietnam.